Pages

Tuesday, December 04, 2012

PENGUBAT JIWA I

Hello Almaripink...


Dah lama tak cerita, kat blog ini,sejak eilham lahir tiba2 urat-urat pencetus idea tak berfungsi ermm banyak sangat urat putus
sekarang ini kesihatan semua ok,keadaan diri masih gemuk :( sebab nak masuk tahun baru kan nanti so teringat lah azam 2,3 tahun lepas yang nak kurus bagai
list azam tahun baru pun masih ada lagi nak kurus,so bila kau nak keluar senarai kurus oi

abaikan yang itu...
cerita sikit pasal perkembangan anak-anak...elysha ni macam makcik2 dah besar berkemain makcik2 nyer,so far elysha dah tak pakai pampers masa siang hari,kalau malam masih lagi pakai,kekadang latih juga dia suruh kencing dulu,tapi kol 3pagi kadang2 dah basah...malam memang tengah berusaha lagi

dia ada satu peel suka sebut ayat org asli,dia tak pelat tapi ayat  nyer sangat pelik

sabun=shibun
coklat=cokeloket

ada lagi tapi tak ingat pula

Story pasal ubat tekanan darah rendah aku

Cerita Satu
Balik-balik kerja tak sempat letak bag lagi,minah ni dah potpetpotpet...
Elysha:ibu-ibu tengok ini eca dengan eam dapat bag birthday
Ibu:bestnyer birthday siapa ni
Elysha:kawan eca lah
Ibu:taulah,kawan eca tu boy ker girl
Elysha:girl
Ibu:siapa nama kawan eca?
Elysha:HARITH
Ibu:(malas nak tanya byk kali jawapan adalah sama HARITH tu GIRL)ibu Oooo kan aje
Ibu:berapa umur kawan eca tu
Elysha :30tahun(sambil tgh ngap cekelat)
Ibu:muhaha amboiii kawan kau!!! Lagi tua dari ibu

Cerita Dua
Elysha:ibu-ibu elysha suka buah  epal
Ibu:eh bukan ker hari tu elysha cakap suka buah strawbery
Elysha:yela elysha suka SEMUANYA laaa
Ibu:(tekanan darah aku mesti rendah ni)


Cerita Tiga
Ibu:elysha boleh tolong ibu tak,keluarkan baju-baju kotor adik dengan eca  dari bag tu
Elysha:ok,tapi tunggu eca makan gula ni sampai kenyang

Ibu:tarik nafas dalam-dalam ,sabarlah wahai hati(bila la ko nak kenyang elysha oi kalau makan gula-gula)


*kalau  bagi pilihan nak tengok cartoon atau raja lawak,dia akan pilih raja lawak(memang makcik ken)
Tu setakat ni yang aku ingat ada lagi sampai aku macam malas nak gelak tapi aku lupa huuuu

elysha ini kedekut sikit dengan eilham,so sekarang nak beli apa-apa kenalah dua2 sama,tapi kekadang dia baik sangat,tengok mood kesimpulannyer

eilham jazli setakat ini perkembang dia ok,kalau nampak kakak nyer sengeh dia bukan main tergelinjer
dah nampak dah ciri-ciri kakak nyer mamat ni,sebab dia dah mula kedekut pftttt

dah besar mesti bercakaran,pengsan mak kau kalau perangai sama
dia tak banyak ragam sangat eilham ini,nampak macam manja sikit dari elysha
ok ok lah
sekarang dah naik walker,langgar sana sini,tarik sana sini pfttt
suka guling-guling macam cerita hindustan tuh
lepastu dia tak suka bubur nasi laah,buat la macam mana pun memang dia tak akan makan hurmm
kalau nestum dia laju,buah-buhan pun dia laju,sayur sangat2 perlahan
bab makan memang sesangat lah lain dari kakak nyer elysha pencinta sayur
love sangat dia dengan sayur sampai daun bawang pun dia boleh makan sebab hijau kan hai lah anak

eilham ikut ibunya walaupun muka stok copy abahnya

elysha ikut abahnya walaupun  muka stok copy ibunya


terbalik semua nyer








 

No comments:

Post a Comment