Pages

Friday, August 24, 2012

Sesuci Kampung

Hello Almaripink...

Suasana kampung sangat suci
rindu kesucian itu,sebab tu warga kota memang tak lokek nak balik kampung
tempuh lah jem berapa jam atau berapa hari pun semua hati sanggup,tak kira apa halangan pun beraya di kampung adalah lebih riang,tak dapat balik malam raya dapat balik raya pertama atau kedua pun dah kira ok memang sanggup,aura kampung lagi hebat dari aura mawi,ada sedikit rugi siapa yang tak ada kampung

perasan tak jem nak pulang ke kampung korang lebih sabar(sabar sebab turn raya belah kampung suami,suami memang banyak sabar haha),tapi jem nak pergi kerja tiba-tiba pepagi nak maki-maki :) balik kerja jem maki-maki lagi..hari-hari pun nak maki :)

lagi semangat nak jumpa,mak ayah atuk nenek,saudara mara di kampung,bukan selalu dapat jumpa :(

udara sangat suci dari pencemaran,akan rasa segar bila bangun pagi-pagi sebab ayam kejut,dalam hati ada gak rasa macam nak rembat ayam tu hihi,kalau suara nenek atau makcik kejut lagi stress :D
sejuk sampai tulang  sum-sum,kalau tidur malam-malam,nak mandi pagi apatah lagi..tak mandi seminggu pun tak apa
pandang kolah nenek teringat suatu masa dulu aku pernah renang kuak kupu-kupu,renang berirama kat dalam tu dasyat.

belum cerita kat laman lagi pandang pokok-pokok teringgat pernah sangkut bunga api besi kat pokok,terpijak bunga api besi memang azab,meriam buluh,meriam tin terbaek wok...
kalau kat kampung main mercun,main meriam mesti ada lawan-lawan bunyi,kat kolompo ko main mercun pop2 pun jiran mesti maki,sebab pasir pop2 tu masuk sikit kat  rumah dia,berpasir rumah dia hurmm

kau boleh buat apa pun kat kampung,semua hati-hati suci tak ada siapa nak marah,kat kampung akan rasa kasih sayang tu ada,bertembung boleh angkat2 tangan lagi,selisih kereta dua2 akan mengalah sama2

suci suci memang akan jadi suci di kampung

balik kolompu,jalan oneway berselisih pun,mana lah kereta bongok ni ambik lesen,oneway kot ni,ha lantak ko,sila lah undur

tengok nenek buat lemang ketupat,sekarang ni baru terpikir kenapa tengok saje kenapa tak mau belajar :(

macam-macam

sekarang ni kemeriaha raya biasa,hanya kenangan lama masih bersisa di tiap sudut kampung
ermm sekarang ini raya semua untuk anak-anak segala-galanya untuk anak,mungkin faktor umur :D ,nak elysha dan eilham kenal saudara mara dia,emm kat situ juga lah erti keseronokan raya ibu pernah rasa dulu :)

sekarang tak boleh jadi macam dulu lagi
apa yang tinggal di situ masih bersisa
yang tiada situ pun meninggalkan sisa dan kesan paling dalam

hari raya pertama balik singgah di pusara atuk dan nenek..minta maaf sebab orang tak dapat nak lawat masa bulan ramadhan macam orang-orang lain selalu buat,sebab orang tak selalu balik kampung :( tiap kali melawat mesti nak cakap macam tu,hati memang di situ,dapat ziarah kat situ pun ada secebis kegembiraan

serius nangis,sebab bawak elysha sekali jumpa oyang dia,dia dah pandai tadah tangan berdoa,baca alfatihah sama-sama tu membuatkan lagi nak nangis


T_T

No comments:

Post a Comment