Pages

Tuesday, July 31, 2012

Oh My Ustaz

Hello Almaripink...

Satu perkongsian yang menarik daripada Prof Dr Muhaya:
"Saya berkesempatan untuk bertemu dengan ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kepada kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian beliau untuk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak untuk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya untuk diminum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya untuk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabila setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"

SUBHANALLAH...indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik. Beliau yang dimaksudkan adalah ibu USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID.
 
 
blog walking jumpa ni minta shared ya....


p/s:alhamdullilah bulan puasa ni susu ok stok pun dapat buat...rezeki eilham...

2 comments:

  1. LAKI AKU XDE MAKNENYER BUAT GITU..HAHAHA..SEDAP TIDO LG..MASE TASHA JEK AKU BUAT TIDO PASTU DIE ANGKAT TASHA SELAK BAJU AKU SUAKAN NENEN KAT TASHA..LAWAK GILOS TIME TUH

    ReplyDelete
  2. ahaha yang eddie bila aku cerita benda ni tiba2 malam tadi tengah menyusukan eilham dia sua susu cokelat,haha aku gelak dah kenapa mamat ni,nak anak jd ustaz don lah tu!!!,tp malam tido bunyi boom pun tak dengar kot hehe

    ReplyDelete