Pages

Wednesday, May 16, 2012

Pengalaman nak besalin

Hello Almaripink...

fuhhhh...lepas nafas dulu
mesti macam terkejutkan sebab awal dari yang di jangka
sebenarnya aku nak bersalin ni tak ada rasa sakit-sakit dan turun apa-apa tanda pun
juz pegi checkup kat hospital then tiba-tiba doktor tahan suruh masuk ward...
aku pegi hospital sebab kk botanik hantar aku checkup kat sana untuk check parut czer yang lama
so pada hari selasa tarikh 8hb au pegilah hospital klang checkup....dalam masa checkup dorang bagi penerangan pasal kalau aku nak besalin normal lepas ni apa kesan-kesan dia,aku dah tau semua tapi kena la buat-buat dengar juga,lepastu dia tengok buku merah aku,tekanan darah aku rendah lepastu bulan terakhir hari tu ada ambil bacaan bsp aku dorang cakap bacaan tak cantik untuk kencing manis walaupun tak tahap yang teruk sangat ,cuma bacaan tak cantik,serius aku tak paham apa maksud bacaan tak cantik huuu
pagi bsp aku 5.8 bagi aku normal ,pukul 10am 6.8,tengahari 5.4,malam 5.3 emm maybe dorang kena pantau sebab kandungan sebelum ni aku czer dan ada kencing manis juga,so bila gula naik sikit dorang dah haraaa :)
emm kalau aku nak normal pun aku kena besalin be4 due date aku 28hb...so dengan vangganya doktor suruh aku masuk ward,korang rasa aku vangga ker nak masuk ward,mengigil lutut terus macam uwaaa tak nak besalin lagi nak simpan jer baby ni boleh dalam perut,sangat sangat takut

ahh ko pitam kat situ pun doktor still suruh masuk ward hari ini juga...call eddie nangis2(motif tk ada saja-saja sedih)di sebabkan masa tu aku checkup kat hospital klang sila paham keadaan di sana,aku minta tukar kalau aku nak masuk ward aku nak gi sguloh sebab dulu czer anak first pun kat sana yang buat...so oh yeah doktor kasi....doktor kasi pun masih tak mengembirakan aku nak masuk ward wehh bukan nak pegi paris shopping pun hehe....doktor suruh pegi hari itu juga masa tu dalam tghari,aku minta nak kemas-kemas barang,jemput elysha juga

petang kitaorg blk rumah mak,kejap-kejap aku suruh eddie pegi sini,pastu sana beli ii itu,sebab nak lambatkan masa....sampai umah mak tinggalkan elysha sedih...dah nak malam sampai hospital sgbuloh ,bagi surat dari hospital klang,pastu nurse tu cakap kenapa datang malam2 aku pun bagilah tau itu ini,awk dtg esok pagilah terus masuk bahagian kecemasan ni pastu kita hantar ke ward...horayyy malamtu tak jadi masuk ward boleh tido dengan elysha lagi...balik rumah la la la

9hb masuk kat bahagian kecemasan,darihari rabu dan khamis dorang juz ambik bacaan bsp aku jer...aku dah lah tak sakit nak bersalin pun sekali kena hadap dalam dewan besalin tu,ya allah macam-macam kejadian yang ko tunjukkan ya allah dekat aku,sesungguhnya berada di dewan besalin membuatkan korang berasa sangat-sangat kerdil di sisinya,macam-mcam orang ada yang senang besalin ada yang susah ,ya allah macam-macam ada,yang datang lebih due date sehati sakit2 perut lepastu scan baby dah tak gerak menagis hanya itu yang mampu,dugaan buat ibu itu,ada yang datang dari pagi tadi ampai ke malam bukaan 1cm jogging bagai tak ada bukaan,ada yang datang baru seminit tiba-tiba air ketuban dah pecah bukaan dah 9cm bernasib baik ibu itu....ada yang dah buka 4cm check lagi sekali jadi 3cm check lagi terus jadi 2cm ya allah dugaan buat ibu itu,ok macam-macam kan...hal aku pun macam-macam juga hehe

10hb sebabkan aku nak try normal aku kena ambil induce doktor ada cakap kalau tak ada bukaan langsung selepas di induce dia tak ada pilihan lain selain czer aku juga,sebab aku kira kena besalin paksaalah ni walaupun jalan n tanda tak buka lagi,induce pun hanya boleh 2 kali sahaja mana...induce pun di masukan,kena seluk adalah hazab ok tak tau nak cakap macam mana,lepas induce adalah terasa saki2 tapi tak kuat,kejap datang kejap tak....esoknya doktorcheck masih close

11hb induce kedua masuk pun still close jalanya,pegi scan baby tak boleh nak turun...adakah aku mengalami masalah tulang pinggul doktor kata mungkin...*aku ragu2 sebab aku demok ok huu
emmm doktor bincang2 memang tak ada jalan lain selain czer sebab kalau induce lagi bahaya kepada nyawa baby n aku sebab takut kacau parut czer emmm,kalau kali ini aku czer anak ke3 aku wajib czer dan tak boleh lebih dari itu lagi hanya itu rezeki kami itu peraturan hospital kerajaan ,kalau kat swasta dorang still boleh bagi lebih dari 3 kali czer bergantung kepada kekuatan badan seseorang itu juga...so peluang nak dapat anak lagi cerah jugalah....kalau nak lagi cerah anak nak ramai ngandung kali ke3 ni aku kena kandung kembar  2 or 3 haa terus ramai anak(sempat lagi pk bukan2 tu)

apa yang aku rasa adalah berserah,sedih cerita kat eddie dia cakap dia tak kesah asalkan aku dan baby selamat pun dah cukup aku bukan tak cuba nak normal itu semua dah cukup ,sesi nangis2 selesai...doktor bagi tahu itu ini semua..

pukul 7pm aku masuk bilik bedah ,aku dah bersedia sebab aku dah pernah ada pengalaman dulu so everything sangat di permudahkan,dr mellisa yang bedah aku pun sangat baik,dorang sangat cool dalam bilik bedah ok,dengar lagu faizal tahir ,tomok bagai masa bedah aku nyanyi,hilang persaan takut aku...semuanya sangat baik dengan aku....

alhamdullilah pukul 7.49pm doktor selamat kuarkan baby itu.

selesai semua urusan hehe

hari ini dah semakin pulih ,sebab dah tau pantang2 czer macam mana so badan dah bersedia,terasa sehat sudah....oh yeah dah boleh melompat lebin tinggi *tipu

tq mana yang ada kasi ucapan tahniah kat fb...

ini adalah hadiah hari ibu yang sangat bermakna,elysha pun bulan 5 juga dorang memang suka kasi suprizee kat ibu dorangkan..

11-05-12 baby boy
22-05-09 elysha

next entry nama baby :)


6 comments:

  1. alhamduillah!
    tahniah yer ezy..dah sepsg anak kowg..
    ada geng ad eddie pas nie.. ;)

    ReplyDelete
  2. aku nak stop dah tapi doc aku yg xkasik..die suh gab utk yang keempat..adoiii

    ReplyDelete
  3. suka baca entry ko kali ni zy..bila laa rezeki aku pulak nak berbaby lg nih...sedih =(

    ReplyDelete
  4. yana:terima kasih yana...haha tu la dah ada geng dah eddie :)

    eza:rezeki jangan di tolak eza hehehe....selagi kita kuat apa salahnya...kalau kerajaan drg biasalah byk jer bunyi drg..

    masz:insyallah masz,ko enjoy dulu puas2 ngan anak teruna hensem boy tu,karang jd macam aku sedih2 sudah hehe,bab rezeki urusan di atas :)

    ReplyDelete
  5. hehe,kalau masih kuat....boleh je....rezeki masing2

    ReplyDelete
  6. hehe,klu masih boleh bertahan,kuat lagi...apa slhnya...rezeki masing2

    ReplyDelete