Pages

Monday, February 13, 2012

Satu Rasa

Hello Almaripink...

Lama rasanya tak mencoretkan sesuatu...

Ada org cakap bulan 2 ni bulan cinta..bagi aku bukan sebab adanya Valentine's Day ,if tak Valentine's Day pun,tengok kepada angka 2 pun dah tau,kalau berdua memang love memang sayang,angka 2 tu kalau lagi satu di tulis arah berlainan pon dah nampak mcm bentuk love ..

Sayang dan cinta ni kalau tanya maksudnya  kat semua orang jawapan tiada satu pun yang serupa..betapa banyaknya maksud untuk satu2 perkataan inikan..betapa dalam maksudnya..

Kali Ini nak cerita pasal perasaan ..

Hari tu ada blog walking
Terbaca pasal perasaan si ibu bila mengandung ank ke 2 ni..

Serius feel same mcm dia rasa,ditambahkan lagi bila anak kami pun girl,anak perempuan inikan manjanya lebih,cucu first pula tu kat dua2 belah keluarga..sebab  aku ngan eddie masing2  anak sulung..

Kalau cerita pasal feel persedian diri kali ni aku banyak tekankan set my mind nak bf baby,beli barang very2 penting tuk persedian,ini tambah2 lagi kalau jenis yg bekerja banyak benda nak kena di fikirkan dan memudahkan pump susu di opis dan simpan,mungkin bagi ibu yang suri rumah dia punya persedian dari segi lain kalau bab nak bf baby ni...
Macam barang2 baby aku tak beli banyak lg..tunggu motherhood expot kat kat klcc atau mv nanti..mcm rajin jer nak pegi huhu,lagi pun aku tak beratkan sgt bab tu sebab baju2 elysha dulu time newborn byk yg white colour so tak usahlah nak bazir2 tapi haruslah rajin2 buka balik box2 dan basuh..sebaik aku memang letak kat satu tempat jer..org malas macam aku ni memang banyak alasan :p kalau letak merata-rata bercinta aku nak cari..box baju2 mengandug aku dulu pon aku tak berjaya jumpa dengan jayanya lagi :( sebab aku lupa aku letak mana ..banyak gila box nak kena check emmm
Baju elysha dulu more white biasa lah anak sulungkan..ko tanya jer lah siapa semua mcm nak boy...so tu warna selamat,walaupun dah scan doc ckp anak dara,tp sgt kuat nak boy,tapi sebenarnya. Tu semua tak penting yang penting dipermudahkan dan selamat dah cukup..
Sekarang ini aku rasa sangatt2 bersyukur aku dapat anak perempuan first,ada geng gosip,geng kongsi2 warna pink aha,geng cengeng ,mcm2  geng leh buat sifat yg sama kan so nak ajar pun tak susah sebab jiwa memang dah sama..
Kalau anak lelaki mesti tak boleh ajar ala2 lembut gile. Nak suruh suka pink,si cengeng oh tak jangan main gile..
Tapi yang paling penting dah nampak ciri2 elysha anak dara rajin la sangat tolong ibu kemas,moga besar nanti ibu leh relax elysha masak ya..

Ok hari ni kita bebel panjang sikit ya :)
baca lah sambil menguap-guap..

Sambung kepada perasaan dalam pula,emm first tau aku mengandung of coz suka,tp lepas tu tak suka ehe sebab dah banyangkan akan mabuk,perasaan saat nak tunggu due date,nak melahirkan ya allah hanya dia maha mengetahui semua perasaan tu,now aku still cuba2 tak memikirkan sgt nanti tiba2 darah tinggi pula haisss aku cuba2 memikirkan yang gembira2 macam nak ambil cuti 3 bulan wow syorgaa best cuti duduk umah mak,lepas tu hari raya tak yah gi raya jalan lama2 ahaha ni gile kejam untuk tahun ni jerlah sebab kebetulan macam dalam proses baru habis  pantang lagi baby kecik lagi,siapa kawen ngan orang jawa mesti paham aku punya kejam ni :) ramai naaa wak2 weh nak gi beraya..

iTu perasaan dalam ni perasaan dalam2 pula,apa yang akan elysha rasa ya,ya lah kalau sebelum ni semua tunggu kelahiran dia,sebelum ini semua datang hospital nak tengok elysha,elysha  lah cucu yang sorang di manja di sayang atuk,nenek,pakngah,paklang,pakuda,pak ucu dia,apa-apa pun elysha,elysha dan elysha..macam mana kali ni kalau dia datang melawat aku,aku tengah pegang baby,semua orang-orang yang menyanyangi elysha lebih gembira akan kelahiran baby baru tu pula,semua orang..
emm Walaupun ibu pegang adik elysha ibu nak elysha duduk sebelah ibu juga, ibu akan  pegang tangan elysha ibu nak elysha tahu ibu  sayangkan  dua2 sayang ibu sama..ibu takkan lebihkn siapa2 insyallah ibu janji..
Tiba2 nak sedih bila fikirkan  elysha sebab dia dah kena belajar kongsi segala-galanya..elysha kakak kena banyak mengalah,tapi aku tak nak  pegangkan sangat kata2 tu,adik pun ada masa  kena juga mengalah dengan kakak,sebab aku tak nak elysha rasa aku mcm tak adil..sebab dia yang pertama yang hadir dalam hidup kami,megalirnya kasih sayang antara aku dan eddie dia lah orang pertama yang melengkapkan hidup kami,mana mungkin aku nak dia rasa di sisih..
Sayang ibu kat elysha sama mcm dulu macam hari pertama elysha lahir..

Tak tahulah kenapa aku terlalu memikirkan perasaan elysha..sebab tu sekarang ni sehabis daya aku,cuba manjakan dia,habiskan masa dengan dia puas2,aku takut nanti aku tak sedar aku abaikan perasaan dia..maafkan ibu ya kalau ibu tak sedar kalau elysha terasa..

Walaupun aku tak cukup sempurna aku harap aku akan cuba dan cuba sempurnakanya keadaan ini dan aku harap aku dah eddie kami akan saling ingat mengingati,adil dalam mendidik anak..


Bye korang ;(

3 comments:

  1. KENKADANG AKU SIAN GAK KAT AUNI, AKU ASIK MARAH DIE...TP KENKADANG BILER DIE DEGIL TU BUAT HAKU NAIK ANGIN..TP BILER TGK DIE LEH JAGA ADIK DIE EVEN SLALU JEK DOK MARAH N BULI ADIK DIE..AKU SAYANG DUA2...TP SEJAK PREG NE MEMG SLALU NAIK HANGEN..HEHE..KO BARU 2..AKU NAK MASUK 3 NE LG SIAN KAT TASHA..SOB SOB

    ReplyDelete
  2. tu la sayang kita kat anak sulung ni lain sikitkan rasanya,sebab anak sulung ni la memulakan segalanya,tapi takpe hope anak2 kite jadi kakak yang baik kepada adik2nya,tgk auni dah pandai jage adik dia :)elysha baru nak belajar dia dah la cengeng weh hehe,biasa la time ngandung ni kite memang nak marah jerkan tengok perangai drg,takpe sebagai ibu kita cuba sehabis baik gembirakan drg kan...tahla tibe2 aku jadi sentap lak nak sedih2 hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah akan sehabis baik menjadik mak yang baik...

      Delete