Pages

Friday, April 15, 2011

................

Hello almaripink....


apa nak cerita ya....sebelum tu salam pagi jumaat,hari baik mari cerita yang baik-baik sahaja,aku selalu cerita jahat-jahat ker  kat blog :)

Just because you know my name..doesn't mean you know me
 
copy pasted
marilah renung2 bait-bait ini

kenapa dalam dunia ni perlu ada perasaan benci terhadap sesuatu yang dicapai oleh orang lain..?dan kenapa perlu ada perasaan gembira terhadap sesuatu yang hilang dari orang lain?
ini tak di nafikan memang ada,orang yang sebegini ,biarlah dia dengan cara dia  janji kita bahagia dengan keluarga kita..

manusia yang hatinya baik..akan memandang hidup ini indah..walau sesulit manapun perjalanan..
manusia yang hatinya busuk..akan merasakan sekelilingnya adalah gelap dan kotor walaupun dikelilingi seribu keindahan..

hati yang baik..akan merasakan susah itu semangat..
hati yang jahat akan merasakan susah itu hina..

hati yang baik akan cuba untuk memperbaiki diri sendiri..ikhlas walau tiada siapa yang melihat..

hati yang jahat..akan senantiasa mencari kelemahan orang lain..bermanis muka didepan agar setiap orang bilang..'oh baiknya dia', tetapi dibelakang lebih berbisa dari racun..dan pasti..penderitaaan orang lain adalah kebahagian baginya..

makanya sahabat....kamu sendiri yang menentukan siapa kamu..

orang selalu cakap kata-kata hanyalah kata-kata ,pernah tak orang fikir kata-kata itu lahir dari hati yang ikhlas,pernah tak orang fikir juga untuk mendapat keikhlasan itu sangat sukar

hari ini aku masih di sini tinggalkan sisa-sisa kepahitan...
orang cakap pahit itu sakit tapi,itulah ubat sebenarnya

aku pergi bukan sebab nak tinggalkan sisa-sisa kepahitan ini
aku pergi untuk cari penyembuhnya
kalau aku terusan disini bergantung dengan keikhlasan kata-kata tanpa mencari penyembuhnya apa lagi yang aku mampu..
izikan aku pergi cari penyembuhnya

sangat sedih nak tinggalkan kawan-kawan di sini dan pergi ke tempat baru,tempat membesar saya adalah di sini sebenarnya,semua bermula di sini...ohh sangat banyak kenangan semua terlalu indah

kepada suami terima kasih sangat kerana memahami,hanya awak jer yang paham,saya sayang awak sangat,tak jauh pun saya pergi shah alam saje masih boleh ketemu :)
boleh dating-datingkan

dalam hidup ini sampai masa kita perlukan perubahan..belajar benda baru dengan itulah dapat mematangkan diri...
laluilah kehidupan ini dengan macam-macam rasa moga satu hari kita bersedia dengan apa sahaja kemungkinan..

jaga diri baik-baik semua  I love yOUUuUuu(tone harus macam Shaheizy Sam)

pastu nangis tik tik tik sedihhh weh sebenarnya

No comments:

Post a Comment