Pages

Wednesday, March 09, 2011

NAK PERGI ZOO NEGARA

 Hello almaripink....
semua sihat...maklumla sekarang ini musim orang selsema,batuk,aku sendiri pun tak elok-elok lagi batuk ini...
cuti sekolah dah mai...
mesti macam-macam aktiviti dah banyak dalam perancangankan..
ok aku pun nak juga rancang-rancang ini,sibuk jerkan masa tak cuti sekolah tak nak di rancang apa-apa pula...sebab tula musim cuti sekolah selalu tempat yang di tuju kebanyakkan nya full haha sebab ada orang macam aku ini anak tak sekolah pun lagi nak gak cuti-cuti sama...

aku ada satu tempat jer dalam perancangan huhu aku nak pegi ZOO NEGARA
dah lama tak pergi area sana...teringat masa belajar dulu haisshh banyak betol kenangan...tapi bukan kat dalam ZOO ya,tapi area taman melawati tu huhu...i miss all da momen @ desa view :)...kawan-kawan lama dulu haissh banyak kenangan ngan korang kan...

ok apa yang aku nak buat..
aku nak naik keretapi nak pusing-pusing ZOO nak rebut-rebut dengan orang syokk ..
aku nak tengok anjing laut lambung-lambung bola..
aku nak makan burger mahal dalam ZOO citt timun cuma seketol...
aku nak tengok gajah makan tebu sebab dah lama tak minum air tebu boleh macam tu..
aku nak tengok buaya si bujang trang trang..
aku nak tengok si pak belang yang garang aummm...
aku nak tengok tenuk,tapir mereka pelik tapi comel...
aku nak dengar burung berkicauan juga...


aku nak lari lari anak dalam ZOO dengan anak aku...nak tunjuk kat dia semua binatang2 itu sambil buat bunyi dia orang....terasa comelkan...
last aku pergi ZOO masa seminggu sebelum tunang dulu dah berabad kot... hebatkan tempat dating....


sekarang aku macam kompius kenapa aku yang berlebih-lebih patutnya elysha yang sibuk nak tengok tu semua...:P

3 comments:

  1. masa dating dulu ada sekali gi zoo. balik tu makcik gelakkan. dia tanya 'tak de tmpat lain ke nak dating?' sekarang dah lama gak tak gi zoo. masa anak² kecik rajin bawak gi zoo. bwk bekal bkelah kat sana.

    ReplyDelete
  2. pgi zoo bawak anak2...mmg best laaa..:)

    meh ke rumah..
    ~kekasih hati chinta jiwa~
    keep in touch ye..♥♥♥

    ReplyDelete
  3. misza:anak sizz dah besar2 kan...dorang tak moo gi zoo dah heehe...

    ddya:aah best kan gi zoo

    ReplyDelete