Pages

Friday, January 21, 2011

NENEK-NENEK SI BONGKOK TIGA

Salam almaripink

tadi bangun pagi-pagi macam nak tercabut dah tulang ini hurmmm
b4 ni batuk-batuk pastu mesti nak kena pegang belakang sebab sakit
biasa batuk orang pegang dada..
ada tak siapa-siapa tahu ubat yang berkesan nak hilangkan sakit tulang belakang ini
susu dah try,pelekat2 bagai dah tampal..apa lagiii ??

emm ada gak baca sikit info pasal sakit ni..

Di dalam tulang belakang (spine), terdapat saraf tunjang (spinal nerves) yang menghubungkan antara otak dengan sesuatu organ di dalam badan. Segala aktiviti organ dikawal oleh otak akan di hubungkan ke organ melalui tulang belakang. Maklumat daripada organ juga dihantar ke otak melalui tulang belakang. Setiap organ akan dihubungkan ke bahagiaan tulang belakang melalui sesuatu ruas (verterbral) dan terbatas dalam ruasnya sahaja. Tulang belakang bukanlah organ, tetapi berperanan sebagai amplifier yang menguat dan menimbal balik isyarat antara organ dan otak. Sistem ini dipanggil sympathetic dan parasympathetic. Sympathetic ialah kawalan tanpa sedar oleh minda, parasympathetic ialah kawalan separa sedar oleh minda.
Punca Sakit Tulang Belakang
Apabila sesuatu organ menjadi lemah, tidak dapat berfungsi dengan baik atau berpenyakit, maklumat kesakitan tersebut akan dihantar ke bahagian tulang belakang. Tulang belakang akan memendam isyarat sakit untuk memastikan sistem sympathetic dan parasympathetic terus berjalan seperti biasa. Isyarat sakit adalah gelombang bertekanan rendah dan akan turut memberkan tekanan rendah kawasan yang dilaluinya. Proses memendam isyarat sakit ini akan menyebabkan gangguan tenaga getaran di ruas atau kawasan yang terlibat dengan bahagian saraf yang berhubung dengan organ yang lemah tersebut. Gangguan tenaga getaran menjadikan sel dan unsur binaan kawasan tersebut lemah serta mempengaruhi ikatan molekul ruas tulang. Jika terdapat lebih daripada satu ruas tulang, maka disk di antara ruas juga akan terjejas ikatan molekulnya. Maka ini adalah punca penyakit tulang belakang kerana selain berfungsi melindungi saraf tunjang, ruas tulang mempunyai saraf sakitnya sendiri.
Rawatan Sakit Tulang Belakang
Sebenarnya apabila seseorang mengalami sakit tulang belakang, ia disebabkan oleh kelemahan sesuatu organ yang berhubung dengan ruas tulang tersebut. Oleh itu, rawatan untuk mengatasi simptom sakit tulang belakang ialah dengan merawat organ yang lemah.
Jika organ yang berkaitan dengan sistem penghadaman terjejas, maka tulang belakang yang merasa sakit ialah kawasan Thoracic. Jika organ bahagian usus, tulang dan organ pembiakan terjejas, maka tulang belakang yang merasa sakit ialah kawasan Lumbar dan Sacral. Sebenarnya belakang tengkuk juga terdapat tulang belakang. Tulang belakang tengkuk ialah Cervical. Jika seseorang mengalami masalah tekanan darah rendah (CL 8) atau masalah Tyroid (CL 9) maka belakang tengkuknya akan merasa sakit, tetapi ia tidak dipanggil sakit belakang.
Antara organ yang lemah yang menjadi punca kepada sakit tulang belakang ialahNW 12 Hati, Perut dan LimpaCL 13 Buah PinggangCL 14 HempeduCL 15 Pankreas


Organ yang lemah boleh dikenalpasti dengan merujuk kepada ruas atau bahagian tulang belakang yang terjejas. Gambar rajah di bawah menunjukkan gambaran organ yang berhubung dengan sesuatu ruas di tulang belakang:


Kesimpulannya ialah apabila organ di bahagian hadapan mengalami sesuatu kelemahan, maka bahagian belakang yang akan mengalami kesakitan. Selagi organ yang lemah tidak dirawat, maka sakit belakang tidak akan pulih walaupun melalui pelbagai rawatan termasuk pembedahan.
Slipped Disk
Organ hati dan perut mengawal karektor daya pemikiran, limpa mengawal karektor penerimaan dan rasa penganiayaan, hempedu mengawal karektor kemarahan dan ketegasan, buah pinggang mengawal karektor citarasa dan kecerewetan, pankreas mengawal karektor dendam dan keperihatinan terhadap orang lain.
Kelemahan mana-mana antara organ atau kesemua organ yang disebutkan ini akan menyebabkan lebih daripada satu ruas serta rawan di antaranya menjadi lemah.
Sakit belakang adalah berpunca daripada lemahnya sesuatu organ ini, tetapi dengan pemikiran yang negatif, kesakitan ini akan bertambah parah. Sekiranya seseorang itu sering memikirkan penganiaan yang berlaku terhadap dirinya secara berulang-ulang kali dalam keadaan marah serta dendam yang kesumat, diikuti pula dengan rasa tidak selesa, maka tekanan rendah akan menjadi paling maksimum dan melemahkan struktur fikizal ruas dan yang paling terjejas ialah rawan di antara tulang belakang. Jika struktur yang lemah terganggu dengan sesuatu kecederaan atau kemalangan seperti terjatuh, mengangkat beban yang berat, terhentak dan sebagainya, ia boleh menyebabkan fenomena yang dipanggil Slipped Disk. Slipped Disk ialah kemuncak kepada sakit tulang belakang.

huuu..sangat panjang penerangan dia...apa punca-puncanya tersangat la banyak...mana-mana yg penah alami sakit ini cer la baca sikit info ni untuk menambahkan sikit-sikit info

adakah di sebabkan f**ktor umur heheehe(tak cayer)

hari tu masa pegi klinik ada la cakap kat sorang dokter perempuan ini
pastu dia boleh cakap saya tak percaya kalau awak sakit tulang belakang ini melibatkan peranakan  bermasalah,kalau orang tu anak dah 20 ker baru la saya percaya,setakat anak baru sorang ker 8 ker memang saya tak percaya..

macam haremm kan dokter ni dia ingat aku nak mc free kot
heyyyy aku tak cakap pon peranakkan aku ada masalah tapi aku cuma tanya betul ker ada kena mengena dengan peranakkan kalau sakit tulang belakang???paham  soalan tak...(boleh tgk pict kat atas tu saya search info tu dari seorang doktor yang bertauliah ya,bahagian bawah tulang belakang memang ada kena mengena dengan sistem organ di depan esok nak copy nak tampal depan klinik tu la huu)

saya tahu sebab per dia jawab macam tu sebab dia ingat saya nak mc free,pastu saya bagi alasan la saya sakit sebab itu...huuuu
janganla selalu berperangsaka buruk kat orang..if saya tak dpt mc pon serius tak kesah ok,cuma masa tu tak tahan sangat sebab batuk tu menganggu...


ok la nak cari bibik yang terbaekk 
urut la gamaknya....

pai...

1 comment: