Pages

Wednesday, November 10, 2010

Apabila Kredibiliti Ibu dan Bapa Dipersoalkan

Dulu, sebelum dapat anak, hatta sebelum kahwin lagi pun, saya sering mengeluh bila lihat ibu bapa yang mengendong anak di atas motorsikal mereka. Dengan bapa yang pakai topi keledar yang tak keledar sangat. Dengan emak yang menyelit bayi mereka di antara badan depannya dan badan belakang suaminya. Macam-macam yang saya dan suami keluhkan. Bahaya. Kesian kat bayi. Get a car! plss

Saya  selalu hairan bila tengok emak kemain bergaya sakan, tapi baju anak lusuh, muka comot. Macam tak peduli lansung dengan penampilan anak. Biar diri sendiri bergaya lebih. Anak lantak lah, kot.

Macam-macam.

Kredibiliti seorang ibu dan bapa selalu dipersoalkan. Dulu saya tak ambil port sangat. Tapi sekarang makin menjadi-jadi semenjak saya sendiri dah menjadi ibu. Dan bila dah jadi seorang ibu dan berkawan dengan emak-emak jugak, saya pun semakin dengar keluhan yang sama daripada emak-emak yang lain.

Contah macam;

Ibu yang tidak berusaha menyusu-badan-kan anak mereka sejak dari awal dengan seribu macam alasan.

Ibu yang beri anak makan makanan yang mengandungi garam, gula dan minyak sebelum jejak usia 24 bulan. (2 tahun)

Ibu bapa yang bancuh nestum sekali dengan susu untuk bayi seawal 2 minggu.

Ibu bapa yang bawak anak lepak kedai mamak malam-malam.

Ibu bapa yang bawak anak tengok wayang.

Ibu bapa yang bawak anak jalan-jalan even baru lepas pantang.

Ibu bapa yang selamba kutip balik botol susu yang dah terjatuh, lap-lap tanpa basuh then suap je kat mulut anak.

Ibu bapa yang masukkan anak ke dalam walker even anak belum tahu duduk.

Ibu bapa yang suka tinggalkan anak sebab nak menyenangkan diri sendiri bila hangout dengan kawan-kawan.

Ibu bapa yang tak boleh lansung anak mereka ditegur atau dimarah atas alasan mereka pun tak pernah nak marah anak mereka.


Dan sebagainya.

Sebenarnya ada banyak lagi ni….

Macam-macam saya dah dengar. Bukan dari kawan-kawan emak je. Even dari orang-orang tua pun saya  dah biasa dengar semua ni. Kadang-kadang saya setuju. Bila terkena batang hidung sendiri, saya  pun jadi tak setuju lah. Pelbagai impak dibentangkan untuk menguatkan lagi hujah mereka tentang kenapa itu salah, ini pun salah. Yang itu sahaja betul. Ikut teori. Ikut fakta. Ikut sains. Ikut agama.

Baru betul semua.

Tapi, semenjak dua menjak ni saya mula berfikir;

BIARLAH.

Setiap ibu bapa itu ada cara tersendiri. Ada cara yang berbeza untuk membentuk dan mendidik anak sendiri.nak anak mereka menjadi insan yang berguna semuanya nak yang terbaik untuk anak masing2, Tapi, kasih sayang kita yang melaut, menggunung, melangit terhadap mereka, tetap sama kan…

Asalkan kita bukan jenis yang 'teran, bungkus dan buang' sudahlah. Asal mereka tak susahkan kita, kita tak susahkan mereka pun sudah lah.

Kan?

:)



entry cerdit puan hidd

No comments:

Post a Comment