Pages

Thursday, September 02, 2010

HELOOO MALAYSIA

saya batuk uhukk uhukk
dah seminggu tak baik2 lagi dugaan puasa tahun ni agaknya
suara pon ala ala ella dah ni psstt gedikk pon ala ala ella gak
hehe
cam mana persiapan raya korang
mesti shopping non stop kan
asal kuar jer konon2 shopping tok raya
cepat la raya selagi tak raya nak shopping jer kerja macam dah tak ada kerja nak buat dah
pastu kedai jual2 baju tak yah cakap la kan selambak sana sini
ikut jiwa keciwa :P
kaum2 suami kena sabar ya melayan kerenah isteri anak2
alah setahun sekali sahaja...(sekali ker???)
setakat ini baju si kecik tu dah settel
baju kurung,drees,tshirt,seluar kasut
tinggal nak cari hairband macam nak pegi SA baby center kat PKNS
sbb tgk magazine pa ma ada hairband lawa...
tp dugaan jiwa wooo pegi PKNS :)
baju aku pon dah settel tinggal nak cari kasut jer
ermm tapi b4 ni dah beli kasut selambak tgk la kalau ada bekenan beli la
encik suami tak pasti la dia beli tok persiapan raya ker tok persiapan hari hari...
coz tgk tshirt yg di beli dah di pakai dah ehheh tp tshirt nya pon tak menarik hati
lalalala(ayat jeles)
baju melayu dia dah nak siap kot tempah jer...
baju kurung aku n elysha semua mak aku jahit  lalalala lapang pale
last minit hantar pon relax ajer ok ok ajer siap merayu2 sayu2 suh mak ambik..
kalau kat kedai tak dapat la wehhh mahal pon mahal
dengan mak bj elysha free baju aku pon free (Sila menjeless semua)tapi aku belikan TIkar karpet bagai kat JAKEL ri tu
permintaan mak la mak tak minta dia tanya tapi aku anggap mak bekenan la tu(tapi mmg tak kisah aku mmg nak belikan pon)
sila pegi JAKEL kapert sgt murah murah
ok apa lagi nak cerita tahun ni raya kat klang dulu kot
tahla tak decided lagi nak balik kg(n.9) malam raya or pagi raya
tapi haruss balik ok mak aku balik kg n.9 kat bbsg buloh ngak ada org huhuhu
mau nangis aku tak raya ngan mak...
wahhh dah lama tak update blog cerita ceriton panjang jela lak....
layansss la tips ni ya....

TIPS MENGIKUT ISTERI SHOPPING SAKAN

Siapa beli persiapan anak-anak? – Isteri!
Siapa beli persiapan suami ? – Isteri!
Siapa beli buah tangan untuk keluarga di kampung ? Isteri!
Siapa yang menyediakan kuih muih ? Isteri ( suami jemput kawan-kawan dia je)

Pendek dan panjang kata……..isterilah yang memeriahkan dan membuatkan sambutan hari raya anda para suami sempurna. Jadi apa salahnya anda print artikel ini dan lekatkan di tempat yang mudah anda lihat. Semoga sambutan hari raya tahun ini anda dan isteri bertambah kemesraan, kasih sayang yang bertali arus ( spt kesesakan jalanraya ) dan bunga cinta lestari berkembang mewangi menghiasi rumahtangga anda.

1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih “masak” proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari suami, ia terpancar ke muka walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti.
Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa “sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala”.
2. Kosongkan aktiviti pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu “kecederaan” yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih berbaris di kaunter bayaran.
Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.
3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.
4. Semasa berkereta dalam perjalanan ke komplek membeli belah eloklah tanyakan kepada isteri …apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan. . ( jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali).
Ini akan menyebabkan isteri anda lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.
5. Tiba di kedai , buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil suami pula merayau ke kedai lain.
6. Kalau dia meminta “second opinion” dengan kata-katanya, “Cantik tak abang kain ni untuk saya”…?
Berilah pandangan dengan kata- kata, “Pada pandangan abang …..”
Jangan terus kata, “OK ! .. Lawa..” . Kemudian senyap.
7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya termasuk nilai budaya, nilai emosi. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
8. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang bershopping. Dia nampak tau. Tapi suami dibolehkan mengusik jurujual-jurujual wanita dengan alasan untuk membantunya mendapatkan potongan harga.
9. Bila tiba di rumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. Pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.
10. PERHATIAN: Sebelum isteri anda mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai , suami hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet.

Siapa yang malu…. kita dan keluarga kita !

Photobucket

2 comments:

  1. ~blogwalking~

    btol tu..wpon sy blom kawen tp sy setuju cz xsonok la lau si suami ask nk wat muka emo je bile tgu isteri shopping.. lau dua2 mood ok kan seronok nk wat persiapan raya.. =)

    ReplyDelete
  2. mekasih ats info ye..rajin2 makan ubat,jangan beraya dengan batuk..
    http://nizamullah.blogspot.com

    ReplyDelete