Pages

Sunday, June 06, 2010

SERAM GIGIL GIGIL TAIP NAK POST ENTRY INI


ok kali ni entry gigil tangan nak taip tajuk yang sesuai jangan pakai sweater belang belang pastu letak kat bahu bahaya....sangup wooo aku taip tak pandang screen..tapi mau gak post entry ni tihtih  ngada2 jap gi gigil2 gak mau post....mana2 yang  ada kuuuuu semangat urut2 dada tu tidakla di galakkan tengok tapi kalau nak tengok gak urut dada  korang yerk...,
aku tak nak edit n usik apa2 pict ni original...
pict ni di ambil masa kat kolam air panas ulu lengong masa aku gi kedah hari tu,dalam gambar tu semua anak2 sepupu-sepupu suami aku,setahu aku la kan kan  hanya ada 4 orang yang betol gedik2 nak snap pict kat situ
 (tu la korang gedik lagi :P)
dah memang kompem dorang ni 4 serangkai saje...
tapiiii cuba korang tengok pict paling kanan sekali yang  pakai tudung kuning dan sangkut sweater belang2 kat bahu tu belakang dia tu ada orang kan muka suram muram
budak yang sweater  kat bahu tu sampai nak buang wooo sweater  tu ehhehe penangan pict ni la
adoiii serammm aku....masa ni aku tak pegi sebab masa ni di malam hari lagi pon aku kan ada anak kecik tak elok malam2 bawa kat tempat hutan macam tu,dorang suami n anak2 dara jer yang pegi...
aku mak2 juz duduk kat homestay lepak2  makan2 saje(hahah makan2 bagai serunuk)
ok la pict ni sekadar buat tatapan tuk di kongsi saje2 takde maksud apa2 sekira ada yang tersinggung aku minta ampun(ermm minta ampun kat sapa ni)
hanya allah yang maha mengetahui di sebalik-sebalik kejadian....

SOALAN:

Wujudkan hantu? Tidakkah syirik atau khurafat mempercayainya?


JAWAPAN:

Hantu memang wujud. Sama ada syirik, khurafat ataupun tidak, bergantung kepada pemahaman kita.

Pertama- Untuk menjelaskan hal ini kita mengambil masyarakat Melayu sebagai contoh terhampir.

Kedua- Kita kena mengenal apa yang disebut ‘hantu’ oleh masyarakat Melayu. Sekurang-kurangnya ada empat bangsa hantu yang dikenal di alam Melayu iaitu:


1. Daripada bangsa jin

2. Daripada bangsa manusia

3. Daripada bangsa haiwan

4. Daripada bangsa alam


Perkataan ‘jin’ mungkin sekali berasal daripada bahasa Arab, dibawa masuk ke alam Melayu bersama-sama kedatangan agama Islam. Sebelum itu orang Melayu menyebut jin dengan nama yang lain dan salah satunya ialah ‘hantu’.


Jin terdiri daripada pelbagai jenis dan rupa. Masyarakat Melayu menamakan jin-jin itu mengikut jenis-jenisnya. Jin yang besar dan kuat disebut hantu raya, jin yang buah dadanya panjang disebut hantu kopek, jin yang seperti rupa kanak-kanak kecil disebut hantu toyol, jin perempuan yang mengilai-ngilai dipanggil hantu langsuir atau hantu pontianak, jin yang digunakan untuk merasuk orang dipanggil hantu polong ataupun hantu pelesit, jin yang tinggal di tanah disebut jin tanah, jin yang tinggi melangit disebut hantu galah dan macam-macam lagi.


Semua jenis jin ini dicipta oleh Tuhan dan kita mesti percaya akan kewujudannya kerana ia termasuk dalam perkara-perkara ghaib. Bukan orang yang percaya itu yang salah tetapi yang tidak percaya akan kewujudan makhluk inilah yang salah. Bukankah dalam al-Quran pun ada disebut tentang jin? Itu kan bukti kewujudannya dan bukti Tuhan mahu kita percaya akan kewujudannya?


Hantu yang kedua ialah daripada bangsa manusia. Antaranya orang-orang yang menuntut ilmu-ilmu salah hingga menjadi orang minyak, hantu harimau, serigala jadian, hantu penanggal dan lain-lain. Kadang-kadang manusia misteri yang nampak menakutkan juga disebut hantu termasuklah makhluk asing.


Hantu jenis ketiga ialah dari kalangan haiwan. Contohnya haiwan ganjil yang menakutkan orang ramai. Juga bigfoot.


Jenis keempat ialah alam. Biasanya jenis ini disangkakan hantu. Bahagian belakang daun pisang yang terkena cahaya pada waktu malam gelap akan kelihatan seperti lembaga yang menakutkan. Ia disebut hantu. Ada gua-gua yang menerima tiupan angin dan menghasilkan bunyi yang mengerikan, disebut juga bunyi hantu. Dahan dan ranting pokok yang melambai-lambai ada juga disebut hantu.


Kesimpulannya, hantu memang wujud dan mempercayai kewujudannya tidaklah khurafat ataupun syirik, bahkan memang dituntut agama supaya percaya.


Kepercayaan ini akan jadi khurafat dan syirik jika kita percaya 4 jenis bangsa hantu di atas tadi mampu memberi manafaat ataupun mendatangkan mudarat pada hakikatnya. Pada syariatnya, memang makhluk-makhluk Allah mampu memberi bekas seperti pisau yang menghiris, anjing yang menggigit, tanah runtuh yang mempenyet dan melemaskan, bau cempaka yang mengharumkan, langgaran kereta yang menyakitkan dan sebagainya. Tetapi pada hakikatnya Allah yang berkuasa memberikan kesan.

P/S:aku gigil2 sebab aircond adalah sangat kuat giloss sejuk so jangan salah paham semua :P
Photobucket

12 comments:

  1. seram uh!!! grr..tula! nak begambar bagi salam dulu. -walau pikir agak tak logik.

    psst; tengok skali, tanak tengok da. :p

    ReplyDelete
  2. eh betol ke..? ke ade org lalu dorg xpasan tetiba ada.. ke bdak tu ilang dia nye parents?tp sib baik aku xsinggah tetengah malam n adek skang ade kt sblah, kalo x........... slalu siggah dpt bca, tp xde gambo, nak komen lg la.. line cam harammmmmmmmmmm... tp aku seriau gak td.. da la penakot... hihih

    ReplyDelete
  3. dayu & megat:ni menurut cerita tukang snap pict ni...tak ada siapa2 kat belakang dorang masa tu sbbb dorang pon mmg 4 org kalau ada org kat belakang mestila tunggu org tu lalu sebab belakang tu dah dinding...ermm kenapa dia pon turut nak pandang kamera sekali...wallahualam :) ermm seram la..

    ReplyDelete
  4. aku pon takut ni wehhhh korang hope pas ni tak der org komen wakakak aku ngeri nak bukak blog aku sendiri hehhe boleee

    ReplyDelete
  5. salam singgah 1st timer disini...
    tak tau nak cakap apa.. cuma kat belakang tuh kan papan kenyataan.. mungkin secara kebetulan je tak 'kepala' tuh.. tah tah mmg ada kat papan kenyataan tuh,... ghheeeee...



    klik sinie jom...

    ReplyDelete
  6. mimie:hehhee tu la saya pon tak menyaa kan dan menidakkan semua ni ....tapi untuk apakah di tampal pict gadis itu????

    ReplyDelete
  7. waaaaaaa. taotnye. dah la tdo sorang2. wuuu~~ nak tido ngan adik mlm ni. T____T

    ReplyDelete
  8. nana:heheheh jgn mimpi2 sudah :)

    ReplyDelete
  9. binawe sungguh...ko tau tak aku bukak blog ko ni pukol bape? pukol 2.10 pagi ko tau x??? weh...dah laa sahak xde nih...haru tol...mangkok asbestos betol laa...!!! tp aku bajet pic bdk pompuan tu di tampal kt papan kenyataan tu kot? dan bebudak tu gi amik kebetulannye kt tmpt pi tu ditampal..?? aiyoooo...aku takut betol nih...malaun tol!

    ReplyDelete
  10. ahahha zoom la masz tgk pict tu di tampal ker tak kat papan tu huhuhu...nasib ko la masz hahhah sapa suh bukak pagi2 heheh

    mama auini:seram wooo

    ReplyDelete
  11. ke budak tu lalu kat belakang..huhu..positif..positif..tapi seram gak

    ReplyDelete