Pages

Friday, March 05, 2010

ANGIN TANAH API AIR

WANITA ANGIN

Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun),Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

* Berterus terang,berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
* Berfikiran terbuka,mempunyai daya imaginasi dan inovatif,bagi mereka segalanya boleh dicapai.
* Bergaya,tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
* sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul,untuk berkonfrantasi.
* Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
* Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA TANAH

Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20
Mei),Virgo(24 Ogos-23 September)dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka,berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur,mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi
dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati
menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam
perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh
air muka semulajadi yng pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan
sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif,serius dan
sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah
seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API

Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April),Leo(24
Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang
lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka,tetapi biasanya romantis dan
tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh
mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah,mesra dan
menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang
dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.Wanita api
harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan
itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22
Jun-23 Julai),Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20
Mac).

*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah
bersimpati,berdaya imaginatif,sentimental,mempunyai perasaan yang
berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada
disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang
menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.


Photobucket

No comments:

Post a Comment