Pages

Tuesday, December 29, 2009

R E N U N G D A L A M 2

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

aku ulang lagi bersyukurrrr ogehhhh

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur di waktu malam, kerana beliau

tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.


2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan,

kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.


3. untuk cukai pendapatan yang kita kena bayar, kerana itu bermakna kita

masih mempunyai pekerjaan.


4. untuk pakaian kita yang dah tak muat, kerana itu bermakna kita cukup

makan dan bahgia hendaknye hidup yang dilalui.


5. untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap, dan rumah yang

perlu dikemas, kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.


6. untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi

boleh mendengar.


7. untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna

kita ada pakaian untuk dipakai.


8. untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, kerana itu

bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.


9. untuk tempat letak kereta yang jauh daripada lif, kerana itu bermakna

kita masih berupaya untuk berjalan.


10.untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna

kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...




                                                           Photobucket

No comments:

Post a Comment